Sunday, January 15, 2017

Kuaters Kediaman 2017 : Happy Mood Ke???

Assalamualaikum wbt.


Lama tak menulis isi hati di dalam blog ni. Rasanya dah setahun lamanya. Semuanya sebab belum ada masa yang sesuai nak menaip dalam blog. Walaupun ikutkan hati nak cerita panjang berjela dalam blog. Apa apa pun. Here is my new beginning in 2017. 

Tahun lepas, baru dapat kerja selayak ijazah yang memang dah tertulis dalam sijil. Gitew. Tahun ni pulak dapat rezeki lebih, dapat kuaters kediaman guru. Jeng jeng jeng.


Gambar ni kat depan kuaters yang saya ambil. Sebab masa ni belum ada lagi tahu perkara sebenar di sebalik rumah yang bakal saya huni entah untuk berapa tahun. Well. Hmmm

Mesti lah happy dapat kuaters, sebab tak mampu nak sewa bilik rm600 sebulan deposit 2 bulan untuk permulaan 2017. Nanti banyak lagi tanggungan. Walaupun sebenarnya mampu tapi nak saving punya pasal. Sebab if dapat kuaters, gaji kena potong untuk elaun rumah RM230 sahaja berbanding sewa di luar untuk sebelik RM400 tidak termasuk bil elektrik dan air. 


Yang gambar atas ni pulak gambar pintu depan. Hmm, okay lah daripada tak ada tapi agak kotor for my first pandangan. Macam tak ada penghuni yang duduk kat sini. Allahu alam. Masa ambil kunci rumah, ppd cakap ada orang. Will see. 

Okay, itu saja untuk perkongsian hari ini.