Sunday, August 14, 2011

Rela Dalam Terpaksa

Aku memang suka ketawa. Aku juga suka senyum. Aku tidak ada masalah apabila berbual-bual dengan orang. Aku pandai menyesuaikan diri pada keadaan. Aku tidak akan biarkan masalah yang belenggu diriku menganggu hari-hariku. Aku masih seperti biasa melalui hari-hariku dengan tenang dan tanpa banyak persoalan. Aku masih mempunyai kenalan yang sentiasa membuatkan aku terhibur sehingga aku terlena sebentar. Lupa seketika dengan masalah yang sedang melanda.

Ha..mungkin aku sangat hipokrit dengan diri sendiri. Ini bukan diri aku!! Mungkin juga aku pelakon yang baik sehingga tiada seorang pun daripada kenalan aku yang tahu tentang isi hatiku. Aku tidak mahu kenalan aku sedar yang aku mempunyai masalah kerana itu aku bijak menyorokkan kesedihan di sebalik senyuman dan gelak tawa.

Ya..aku sudah tidak ada apa lagi di dunia ini selain dari kawan yang setia dengan ku. Cuma aku kuat dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa mengembirakan aku. Walaupun hatiku sebenarnya terbeban dengan kisah hidup yang tiada penghujungnya dan mereka tertipu dengan luaran ku. Allah maha adil.

No comments:

Post a Comment