Wednesday, November 30, 2011

Meredhaan Kebaikan DIA

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Surah Al-Jumuah, Ayat 8

Jam 6 petang aku menerima panggilan sahabat dan mama berkenaan satu berita yg mungkin aku mustahil untuk percaya. Ia nya soal kematian. Innalillah. Betapa ujian Allah tidak dapat di duga dan datang bila-bila masa sahaja. Dulu, 3 tahun lepas aku mengenali seorang lelaki yang aku sendiri tidak pasti di mana keikhlasan nya mengunjungi masjid kami yang agak hambar. Adanya dia, masjid kami kembali seperti berpenghuni lagi. Suara bacaannya merdu dan kami penduduk setaman pernah qiam bersama. 

Allah lebih menyayangi insan sepertimu wahai muallim. Semoga berada di tempat yg selayaknya. Di kalangan yg mulia. Ameen. 


Ya, arwah di beri nama Lokman Hashim Bin Yusuf. Miliki penampilan yang bersederhana serta suara yang merdu dengan nyanyian taranum yang menyejukkan halwa telinga bagi pendengarnya. Berasal dari  Pulau Pinang dan menjadi tenaga pengajar di Sarawak. Tapi, jam 6 petang tadi, aku di kejutkan dengan panggilan seorang rakan yang mengkhabarkan bahawa beliau telah pergi ke rahmatullah buat selamanya bersama ibu dan kakak. 

Semoga roh kalian tenang di sana, sekalung penghargaan di atas ilmu dan nasihat serta tunjuk ajar yang arwah curahkan dan berikan. Ameen Ya Allah.


"Ustaz serta ibu dan kakak. Sesungguhnya kehilangan kalian jika kami terima dengan redha akan di kira sebagai sedekah yang beroleh ganjaran pahala di sisi Allah. AL-FATIHAH"

11 comments:

  1. allahyarham adalah kwn sekolah rendah saya. al fatihah buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah. semoga roh di cucuri rahmat. buat semua. al fatihah.

      Delete
  2. xsangka beliau dh pergi.. 10 tahun mencari tp dh pergi lg jauh.. sangat xsangka dgn berita cmni.. beliau mmg low profile since sekolah lg.. tp senang citer xcaya la dia dh pegi jauh..

    man.. moga kau ditempatkan dikalangan org yg soleh.. miss u bro.. al-fatihah

    Regards,
    Afif

    ReplyDelete
  3. kita kenal orang yang sama..and harap majlis di pulau pinang ari ni berjalan dgn baik, smoga Allah mencucuri roh mereka dan tempatkan di tempat yang selayaknya...
    saya tak sangka, pembaca entry ni juga kawan beliau...sma2 kita doa...
    dia baik sgt... :'(
    amin amin amin....

    ReplyDelete
  4. al fatihah untuk semua yang telah pergi

    ReplyDelete