Sunday, December 18, 2011

Traveling to New-ME

Assalamualaikum


Orkid adalah bunga yang cantik dan bisa bertahan segar dengan jangka masa yang lama. Dan aku berharap agar aku boleh menjadi seperti bunga ini. Di mana, setiap kesedihan atau kesakitan yang aku alami, bakal aku hadapi dengan tabah sekali seperti dahulu. Tidak pernah sekali memandang pergertian orang malah tidak  juga berharap kasihan orang.


Aku ingin menjadi bunga matahari yang hadirnya menerangi kehidupan orang lain tanpa ada duri yang menusuk mana-mana hati insan tersebut. Ya Rabbana, aku ingin menjadi bunga matahari ini kerana warnanya menyenangi mata-mata yang sedang resah. Aku ingin menjadi bunga yang tidak di minati ramai tapi cukup untuk di sukai seseorang. Dalam seribu, mungkin ada seorang yang boleh menjaga bunga ini sehingga tidak layu.


Berjalan Tanpa Henti-Devotees

"Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh,
Langkah demi langkah akan ku gagah,
Hari demi hari berjalan tanpa henti,
Yakinku ada sinar yang menentu,
Kalau dah bertemu arah,
Yakin penuh pasrah,
Pada-Nya yang kuasa dikau berserah,
Jika kau rebah jika kau kalah,
Bersaksikanlah rahmat-Nya akan terserlah,
Segala kepahitan segala keperitan,
Terima bagai penghapus dosa,
Malang yang menimpa duka yang melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia,
Jangan berputus asa,
Dari rahmat Yang Maha Esa,
Jangan kita lupa,
Ujian lumrahnya dunia."


hangOver + Lapar + Ngantuk + VacatiOn = Traveling to New-ME

No comments:

Post a Comment