Pages

Monday, December 19, 2011

Ya Allah! Ya Allah!

Assalamualaikum


A Parent's Heart

When you feel like breaking down or crashing in,
Who do you turn to, to forgive your sin?
When you cried your lonely tears,
Who will be there to fight your fears?
And when it feels like no one would understand,
Who was there to hold your hand?

There are people, whom you can't replace,
They’re the ones who gave you your face.
They'll love you through thick and thin,
They show you the light from deep within.
And if by chance, you happen to die,
They’ll be the ones who will really cry.

You see, my friend, there's no one who can love you more,
Than your very own parents, that's for sure.
Always remember that this is true,
That wherever you go, your parents will be there for you!



Dear AKU:

People cannot go wrong, if you don't let them. They cannot go right, unless you let them. Remember to footnote. Jika seseorang wanita itu tidak beroleh bantuan Allah, maka yang mengawalnya ialah usahanya sendiri. Dan jika aku tidak peroleh bantuan Allah, berusahalah aku untuk mengubah apa yang mengelirukan aku. Jangan bersedih di atas benda yang tidak perlu disedihkan. Wahai  kerabat yang kerap di genangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan ketenangan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah! Kerana aku berhak beroleh perlindungan Allah. Tenanglah! Qada' sudah selesai.

IMissYouSoMuchBonda
Hari ini penuh bunga.


Sunday, December 18, 2011

Hargai PEMAISURI Hatimu!

Assalamualaikum

"Awak sangat bermakna dalam hidup saya"

"Saya layan awak berbeza bukan?"

"Saya runsing, apa kata awak?"

"Awak jangan bimbang, saya kan ada!"

"Err..saya minta maaf kalau saya pernah sakiti awak"

"Awak buat semua ini untuk saya? Saya terharu!"


Tiada apa yang boleh dilaksanakan untuk menarik perhatian seorang gadis melainkan si teruna mampu membuatkan mereka rasa istimewa. Walaupun setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri menyanjungi permata hati. 
Immatured love says "I love you because I need you" but matured love says "I need you because I love you", can see the difference? Anda jawab#


MustWatchThis!

Traveling to New-ME

Assalamualaikum


Orkid adalah bunga yang cantik dan bisa bertahan segar dengan jangka masa yang lama. Dan aku berharap agar aku boleh menjadi seperti bunga ini. Di mana, setiap kesedihan atau kesakitan yang aku alami, bakal aku hadapi dengan tabah sekali seperti dahulu. Tidak pernah sekali memandang pergertian orang malah tidak  juga berharap kasihan orang.


Aku ingin menjadi bunga matahari yang hadirnya menerangi kehidupan orang lain tanpa ada duri yang menusuk mana-mana hati insan tersebut. Ya Rabbana, aku ingin menjadi bunga matahari ini kerana warnanya menyenangi mata-mata yang sedang resah. Aku ingin menjadi bunga yang tidak di minati ramai tapi cukup untuk di sukai seseorang. Dalam seribu, mungkin ada seorang yang boleh menjaga bunga ini sehingga tidak layu.


Berjalan Tanpa Henti-Devotees

"Bagaikan jauh jalan yang ku tempuh,
Langkah demi langkah akan ku gagah,
Hari demi hari berjalan tanpa henti,
Yakinku ada sinar yang menentu,
Kalau dah bertemu arah,
Yakin penuh pasrah,
Pada-Nya yang kuasa dikau berserah,
Jika kau rebah jika kau kalah,
Bersaksikanlah rahmat-Nya akan terserlah,
Segala kepahitan segala keperitan,
Terima bagai penghapus dosa,
Malang yang menimpa duka yang melara,
Mungkin di baliknya ada bahagia,
Jangan berputus asa,
Dari rahmat Yang Maha Esa,
Jangan kita lupa,
Ujian lumrahnya dunia."


hangOver + Lapar + Ngantuk + VacatiOn = Traveling to New-ME

Sunday, December 11, 2011

Akibat Off-Hp 48 Jam versi AKU

Assalamualaikum

Antara akibat off-phone 2 hari 3 malam ialah :

1. Anda akan berasa sangat tak fokus bila buat kerja sebab phone tak bunyi!

2. Anda akan berasa sangat tak lena bila nak tidur malam, petang mahupun tidur-tidur ayam!

3. Anda akan berasa anda di hantui mimpi ngeri setiap kali bangun lewat untuk kelas dan subuh kerana alarm deactived while phone is off!

4. Anda akan berasa sangat tak yakin menelaah buku kerana kerap kali berfikir bahawa akan ada orang risau inbox anda!

5. The people around you will come forward to make sure that you be fine or damn, sehinggakan anda di kejutkan pagi-pagi buta untuk bertanya khabar. Itu tandanya mereka care akan anda!

6. While phone is on, I got 26 voice mail from bonda of cos and some my friend. And sure, orang yang saya tunggu-tunggu haram tak missed call.

7. Then, I got 116 messages unread to open. D***!

8. Your close friend will jugde you SOMBONG, however I am. I do what i want to do, I am not trying to kill my pain but to hurt my heart either. You You And YOU, dont have any right to judge me like mess.


" Hello there, I write this because I really hope to share what things i do is so bad. Do not try the things that will break your rules, respect your heart and forsure. Do not off you phone while you have many things to firgure out, sama juga anda deactived account lain seperti facebook bagi melarikan masalah. Sangat tidak kreatif perbuatan itu, sama juga perbuatan off phone untuk lari dari masalah. And last, no one wants advice only corroboration takes. Enjoy!"




Liverpool BYE

Thursday, December 8, 2011

Benci, Nak Tembak KAU Sampai Puas!!!

Assalamualaikum


"Siapa yang nak pergi jauh dari Za, pergilah. Za boleh jadi tong sampah yang sangat berguna, walaupun tak ada orang kesah. "

Better Three Hours too Soon Than a Minute too Late

Assalamualaikum

Nobody is perfect, and well-known. Bagi aku, aku akan menilai sesuatu benda tu dari mata zahir and of cos bukan mata hati. Keperfectkan itu hanya seketika kalau aku hanya dapat menilai sesuatu dengan mata kasar. Contohnya, aku beli burger kat sebuah stall yang gempak hebat ramai pelanggan. Then makan dengan monsternya  pastu aku tak makan habis burger tu sebab gila tak sedap. Thats it? Tak semestinya stall ramai pelanggan tu menunjukkan stall tu ada burger yang aku nak. Benda aku nak cakapkan ialah, semakin lama kita mengenal  orang yang kita rasa sempurna tu. Maka semakin kita tahu akan kelemahan nya. 
Behave yourself, tolonglah jangan ambil kesempatan.

The most important things is, I am not perfect either. but I'm trying to be one of them. Dalam pembelajaran untuk menjadi sempurna ni lah banyak sangat cabaran, ujian, dugaan yang datang melimpah ruah macam hujan dan banjir di kuantan. Siap wujud kuiz jadi sempurna pun ada. Percaya tak? Percaya tak?
Kalau tak percaya, diam.



Be Not Afraid of Greatness, Some Are Born Great, Some Achieve Greatness And Some Have Greatness Thrust Upon Them

Kalau nak jadi sempurna di mata orang, lets try to be they want. And try to be humble, respect. Tak kesah la apa orang cakap, yang penting jaga martabat. Tapi jangan bagi naik kepala you sudah lah, kot-kot nak main dukung-dukung. Kalau masih tak dapat, please dont ask what you want. Dont ask what you really hope and so. Like-----Do you want to know who you are? Don't ask. Act! Action will delineate and define you.
Yes, betul sebab I dah try walaupun tak semua suka orang macam I. COMEL sangat kot? Oh tidak! Jadi, untuk hadapi hari-hari yang bakal anda hadapi. Selesaikan dengan jadi diri sendiri melalui perbuatan. Tak perlu risau kalau orang kata suara  you comel macam puteri time present, muka you gebu macam awan. BIARKAN! mungkin boleh jadikan sebagai semangat.

Masalah aku sekarang ialah aku tak dapat study dengan baik tak macam student lain, aku tak dapat fokus dalam kelas even orang bercakap dengan aku pun aku tak faham sebijik pun tak macam orang lain, aku tak pandai nak pujuk orang yang tengah merajuk sebab perangai aku macam plastik (hah!), aku tak dapat buat sekeliling aku tersenyum terutama orang yang aku sayang seperti bonda,  kawan and so. Selain tu, aku tak dapat markah ujian okay sebab subjek tu buat aku macam muka siput sekarang, seriusly aku suka subjek tu. Cuma penyakit M, studying with FB on. Then, masalah stalker yang buat aku rasa macam mayat hidup. GRRRR! Haha! Banyak lah yang aku fikirkan sekarang ni, jalan penyelesaian satu pun tak jumpa-jumpa lagi. Ingatkan ada la yang sudi bagi nasihat kalau post kat blog. Hopefully. :baby

Apa-apa pun, masalah yang aku hadapi sekarang ni umpama pasir yang sangat halus kat dunia ni. REMEH! Jadi, kena tabahkan diri. Ambil peluang dalam cabaran, walaupun apa diharapkan tu memang tak akan wujud. :hantuk Haha! Entry sakit hati jadi sweet gila, and hilang dah main point! Errrrgh...tak tahu entry apa tah ni? 
OUT#OFF#AWAY
Hargailah masa sebab masa tak akan kembali, walau macam mana sekali pun. Bak kata pepatah, 
"Either you run the day or the day runs you."

LAST SENTENCE:


I nak pergi sini! I nak pergi sini! Tolonglah faham uols, I nak pergi sini!!! I janji birthday I nanti, I study rajin-rajin. Tolonglah faham!!!!!!!!!!!!!!!!!! OKBYE

Saturday, December 3, 2011

Jadilah Wanita Paling Bahagia

Assalamualaikum


Be Yourself.
Don't be what others want you to be.
You can't be yourself if you don't know, understand, and accept yourself first.
Love and accept yourself as you are now.
Nobody is perfect. 
Untuk Menjadi Seorang Wanita Yang Cantik dan Berilmu, Berfikirlah dengan Positif.
( La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia)



Semua Orang Ingin Bahagia, NAMUN..DON'T BE SAD!

Assalamualaikum

Rahsia Perancangan---Menenangkan Kekacauan---Memperbaiki Perselisihan---Apa yang Perlu Di lakukan Oleh Orang yang Kalah---Tipu Daya Musuh---Sikap Lembut Menepis Kejahatan---Merampas Hak Kepunyaan---JANGAN BERDUKA JIKA ANDA DI SAKITI##


Wednesday, November 30, 2011

Meredhaan Kebaikan DIA

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"

Surah Al-Jumuah, Ayat 8

Jam 6 petang aku menerima panggilan sahabat dan mama berkenaan satu berita yg mungkin aku mustahil untuk percaya. Ia nya soal kematian. Innalillah. Betapa ujian Allah tidak dapat di duga dan datang bila-bila masa sahaja. Dulu, 3 tahun lepas aku mengenali seorang lelaki yang aku sendiri tidak pasti di mana keikhlasan nya mengunjungi masjid kami yang agak hambar. Adanya dia, masjid kami kembali seperti berpenghuni lagi. Suara bacaannya merdu dan kami penduduk setaman pernah qiam bersama. 

Allah lebih menyayangi insan sepertimu wahai muallim. Semoga berada di tempat yg selayaknya. Di kalangan yg mulia. Ameen. 


Ya, arwah di beri nama Lokman Hashim Bin Yusuf. Miliki penampilan yang bersederhana serta suara yang merdu dengan nyanyian taranum yang menyejukkan halwa telinga bagi pendengarnya. Berasal dari  Pulau Pinang dan menjadi tenaga pengajar di Sarawak. Tapi, jam 6 petang tadi, aku di kejutkan dengan panggilan seorang rakan yang mengkhabarkan bahawa beliau telah pergi ke rahmatullah buat selamanya bersama ibu dan kakak. 

Semoga roh kalian tenang di sana, sekalung penghargaan di atas ilmu dan nasihat serta tunjuk ajar yang arwah curahkan dan berikan. Ameen Ya Allah.


"Ustaz serta ibu dan kakak. Sesungguhnya kehilangan kalian jika kami terima dengan redha akan di kira sebagai sedekah yang beroleh ganjaran pahala di sisi Allah. AL-FATIHAH"

Sunday, November 20, 2011

SAHABAT#

Assalamualaikum


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
NOTA KAKI:
"Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya."