Wednesday, January 25, 2012

CINTA



Assalamualaikum


In conversation melalui telefon, bukan texting tapi bercakap.


A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!



B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?


A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?


B: Ok. Bila nak kahwin?


A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun lagi, InsyaAllah.




B: Ok, kita putus sekarang jugak.


A: Eh, kenapa?????


B: Tiga sebab:

Pertama, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak tak kan jumpa saya, sentuh saya dan hal-hal berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak hati saya terluka. Saya pun tak nak hati awak terluka.



Kedua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah untuk mereka yg betul-betul bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupunn tak kaya dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.




Ketiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud banyak-banyak. Istikharah rajin-rajin. Taubat selalu-selalu. Muhasabah sentiasa. Ubah slow-slow. Lelaki beragama tak kan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, ambil yang lain lah." No.



A: Em..tapi saya tetap nak awak. Dah bertahun-tahun tunggu awak.


B: Mohon pada-Nya andai hati ku yang kau pohon. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih belum berpunya, datang minta dengan ayah ibu saya terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak phone dulu. Assalamualaikum.


A: Waalaikumussalam.





For me And ---- Sesiapa sahaja : 
Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadi lah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna.



30 comments:

  1. shy harap si A akan call shy...sebab shy pon nak cakap macam tu..:)

    ReplyDelete
  2. n plus..i like this quote
    "Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadi lah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna."...

    BERGUNA tak semestinya bergaji besar,berstatus tinggi tapi cukuplah sekadar mampu dalam segala hal dunia dan akhirat dan tidak berlaku zalim bukan pada tempatnya...correct me if i am wrong..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are almost right. almost there. tak zalim dan redha dgn pemberian Allah kan? :) thanks

      Delete
  3. bagus entry Za ni abg suka..dalam maksud nya bagi mereka yang mengerti apa itu hubungan..

    *za kalo nak vote just klik je kat link bawah entry abg then kena sign up dulu simple je pastu leh vote dah cari kategori best lifestyle blog of teh year hehe ;-)

    ReplyDelete
  4. Rasa macam tak sesuai je melamar melalui telefon...

    Ehh, itu dah dikira macam melamar, kan...?

    Ada lagi ke orang macam tu Za..? Ianya lebih kurang seperti bercinta selepas kawen.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lah kak azz, macam tak ada dah. susah nak cari. kalau ada pun, syukur sgt kalau dpt perempuan mcm tu. yes...all about love after marriage :D

      Delete
  5. hahha. terus terkdu lelaki tu... hanya mampu menjawab salam...

    point perempuan tu mmg terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... terbaik dari girl :)

      Delete
  6. harap masa jumpa mak bapak zaza nnti.. zaza still blum berpunye... :baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. apa pulak zaza.. org lain lah.. haha

      Delete
  7. alamak..baru plan nak takel zaza..plan kawen 10 tahun lagi..cancel la camni. sob sob..=p

    ReplyDelete
  8. hmm..
    jap, kalau laki tu cakap esok mmg perempuan tu akan terus setuju ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. rasanya mcm tu lah kyo. boleh je, mungkin :p

      Delete
  9. cbe wat crite smbungan lepas 3 thun..hehe..best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, mcm-mcm. ingat fiz ni penulis novel ke?

      Delete