Sunday, February 12, 2012

Pemuda yang Ikhlas Dengan Cinta



Pada masa dahulu,ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada tulisan nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya.

“Zara Zarina, ikhlas dan perlukan sahabat.”

Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Dan balasan surat memberitahu bahawa gadis itu bersetuju untuk menjadi kawannya. Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Suatu hari, si jejaka di panggil pergi ke medan perang. Dia berasa susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka, diutuskannya sepucuk surat berbunyi, “kalau Allah panjangkan jodoh kita dan andai kamu masih sayang padaku, berjumpalah kelak di stesen keretapi pada hari perang di umumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Beberapa bulan kemudian.

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah. Dia memerhati setiap gadis di situ sekiranya ada yang memegang mawar merah yang sama.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis agak berisi, sedikit gelap dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat di sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat. Namun, sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar merah. Si jejaka agak terkejut apabila gadis pujaannya berbeza dari imaginasinya, namun tetap memberanikan diri menghampirinya.

“Zara Zarina?”

Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan bunga mawar merah dan berkata, “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu.”

Si gadis tersenyum lagi dan berkata, “Aku tidak tahu apa yang terjadi, tetapi ada seorang gadis yang sangat cantik memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu mu bahawa dia sedang menunggu di restoren di hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”





Ada sesiapa yang seperti ini di luar sana? 


9 comments:

  1. ade tak perempuan yang macam tu jugak? :wonder

    ReplyDelete
  2. Tak berapa nak faham yang last tu..

    Si gadis tersenyum lagi dan berkata, “Aku tidak tahu apa yang terjadi, tetapi ada seorang gadis yang sangat cantik memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu mu bahawa dia sedang menunggu di restoren di hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”

    Budak pompuan atas kerusi roda tu adakah sama dengan gadis yang tunggu kat restoren tu..? Kalau sama, memang lelaki tu takde pilihan lain la kan.. Manakala kalau tak sama, yang mana satu lelaki tu pilih..? Adakah dia tetap memilih gadis cacat tadi walaupun dia tahu ada gadis cantik yang menunggu kat restoren tu...?

    Huraikan sikit Za... Akak ni blur sikit bab2 macam ni.. huhu...

    ReplyDelete
  3. Ikhlas sungguh sang lelaki.
    Zaman sekarang? susah sikit. Semua pon nak yang cantik ye dak? :)
    Same goes dengan perempuan :)

    ReplyDelete
  4. huhu..lau sebelum bce cite nie..mgkin lari trus..dah bce..mgkin pg wat mcm laki ni..haha..mne tau ade pmpuan cntik gne taktik sme..hehe

    ReplyDelete
  5. hehehehe....
    @kak Azz : maksudnya.yg cacat tu bukan perempuan yg sama ng yg cantik tu.yg cacat tu cuma org tgh secara kebetulan :) hehehe....ok x yg zaza terangkan? sebab lelaki tu ngan gadis sebenar @ yg cantik tu tak pernah jumpa lagi :')

    ReplyDelete
  6. kalo laki tu lari. apakah yg terjadi? =p

    ReplyDelete
  7. @Jejaka Terhangat :
    kalau lelaki tu lari..mungkin dua-dua tak akan jumpa.and bunga mawar merah kat kedai xda orang nak beli.hahahaha...

    ReplyDelete
  8. Oo.. Maknanya si lelaki tadi memang dapat pompuan yang canik jugak la, kan..

    Sepatutnya biarlah pompuan yang cantik tu yang jadi orang tengah, manakala yang cacat tu yang tunggu kat depan restoren tu.. Nak jugak tengok, agak-agaknya lelaki tadi patah balik ke tak pergi cari pompuan yang cantik tadi..

    :-)

    ReplyDelete
  9. hati mereka dihubungkan..
    jadi x kisah fizikal..

    :angguk

    ReplyDelete