Friday, March 2, 2012

Just A Word

Cukup HanyaSekadar Kata-Kata Mesra Dari Suami


Membaca beberapa komen teman-teman melalui status facebook, menjadikan diri aku semakin hebat berimaginasi tentang perasaan sendiri. Lantas terfikir bahawa sangat sempurna kehidupan ini jika wujudnya mesin yang boleh mengira. Cuma perbezaannya ialah perkara yang dihitung bukanlah matematik dan sebagainya, tetapi sebuah ‘cinta’.


Cuba bayangkan aplikasinya, andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, melalui ucapan, “I Love You So Much Baby”, maka mesin akan menambah perasaan cinta tersebut. Hal ini wajar kerana ucapan cinta menambah bahagia, menjadikan si isteri rasa di kasihi dan di sayangi.


This is why I say so, which is “Suami, Ucapan Cinta, Romantis + CINTA = Isteri Gembira + Bahagia”


Namun sebaliknya, andai si suami menegur gaya berpakaian si isteri sebelum keluar ke pasar dengan ayat sebegini, “Cantiknya awak hari ni! Macam nak pergi mengurat mamat kedai bunga!”, maka mesin akan menolak perasaan cinta tersebut. Ini benar. Kata-kata yang agak kasar amat di benci oleh isteri mahupun wanita di luar sana, walaupun teguran itu benar demi sebuah perkahwinan. Tidak salah menegur dengan baik bukan?


And this is the formula, “Suami, Sindir, Perli – CINTA = Isteri Terasa Hati = Moody”


Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkan penghargaan dari suami tercinta. Sesaat lafaz saying diperdengarkan sudah cukup meredakan rajuk dan keletihan si isteri. Sepatah ucapan terima kasih di ucapkan, sudah cukup menjadi penawar yang meredakan resah isteri seharian.


“Allah S.W.T tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan.”


If man/woman could talk on this, what should people answer oh this question rarely “.... antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan hati?”


Wanita yang bakal bergelar isteri, ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami, fahamilah bahawa si suami lebih mudah berkata-kata melalui bahasa yang berbeza. Perhaps, la tahzan. Jadilah wanita yang paling bahagia serta berdoalah. Kaum lelaki sukar menuturkan kata-kata cinta, bukan kerana mereka tidak cinta dan prihatin tetapi lelaki mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui objek, sejambak bunga dan kad misalnya. Love is no limits!



3 comments:

  1. dalam bumi ni ada lelaki romantik.. ada yang tak.. yang penting.. Allah dh bagi kita y terbaik insyaAllah :D

    terukir di bintang

    ReplyDelete
  2. Pretty! Jom join giveaway "Mari undi Mena!" Aminah (Mena) adalah seekor kucing. Hadiah menarik menanti anda. Hadiah akan ditambah lagi dari masa ke semasa! ;)

    http://www.medeaz.com/2012/03/mari-undi-mena.html

    ReplyDelete