Pages

Tuesday, June 12, 2012

Buat Yang Tersayang



Assalamulaikum


Tepat jam 02:57 pagi. Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa, mengenangkan dosa-doa yang dilakukan dan ketika harapan dirasakan tiada lagi percayalah, islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Bila-bila masa sahaja, siapa sahaja insan itu. Di mana sahaja dia berada, bangsa apa dia, malah apa sekali pun keturunan nya. Jika dia ingin berhubung dengan Allah s.w.t, atau erti kata lain ingin kembali kepada Allah dengan insafnya, maka tidak pernah ada halangan kepadanya.

Allah tidak pernah meninggalkan hambanya walau apa keadaan sekali pun, tetapi hamba-Nya mudah meninggalkan Nya, Tuhan sekalian alam. Jang putus asa dengan rahmah Allah. Jangan! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 


Special spell to my very heart :

"Terima kasih mama. Terima kasih masih tidak pernah tinggalkan aku dalam apa pun keadaan aku sekarang. Terutamanya saat benar-benar kesakitan yang aku lalui. Terima kasih. Ya Allah, sila bahagia kan ibu ku ya Allah. Suatu keinginan yang harus aku tinggalkan kelak ialah pelukan ibu dan bau ibu yang selalu aku rindu. Cukup dia seorang wanita tabah dan solehah dalam hati aku wahai Allah. Jika itu yang terbaik dan engkau kehendaki. Pelihara ibuku !"

"Wahai wali ku, seorang ayah yang terbaik pernah aku miliki. Terima kasih beri aku nyawa dengan hidup berbinti kan namamu wahai ayah ku sayang. Apa pun pilihan aku wahai ayah, jantung hati ku. Izinkan aku peluk dan salam tubuhmu buat kali terakhir masa aku dengan air mata pedih ini. Dan ya Allah, tempatkan jiwa ayah ku di kalangan orang-orang yang kuat imannya ya Allah. Tiada Tuhan melainkan engkau yang disembah. Peliharalh dia, jauhkan aibnya wahai Allah !''


Also to my very soul :

"Thanks kak, abang and kawan aku yang supportive. May Allah ease you everything. Please forgive every single sin they do. And give them happiness and loved. Cukupi kekurangan mereka ya tuhanku. Peliharalah mereka. Biar aku sakit merindu mereka dari mereka sakit merindui aku ya Allah. Semoga mereka jadi insan yang berguna di setiap kehidupan mereka. Cukup dikau bagi kehidupan mereka ya Allah. Berilah ujian yang mampu mereka hadapi ya Allah, kuatkan hati-hati mereka ya Allah. Semoga mereka bakal memperoleh kebahagiaan yang tidak pernah hilang dalam hidup mereka. Ameen. "


And this for me as reminder and kekuatan :

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya." (Riwayat Al-Tabrani)


Malas nak cerita panjang-panjang. Cuma nak bagitau yang aku penat. Penat. Laila sai'dah ! Bye



2 comments:

  1. percayalah, setiap manusia ada melakukan dosa dan Allah tidak pernah sesekali menutup pintu keampunan. namum jangan la sesekali berputus asa. percaya la pada diri sendiri.

    ReplyDelete