Tuesday, June 26, 2012

Kosong


Assalamualaikum


So tired. Sleepy. Semua lah. Kat radio pulak lagu jiwang bagai keluar, nak main sindiri-sindir pulak dah dengan aku kan? Aiyaaayyyy! Menyampah. Hot gilerrrss. Kurang dari 24 jam ni aku bakal ada kehidupan yang baru. O mercy Allah, please give more kekuatan. Bila tengok ayat orang bercinta dalam laman facebook and twitter, meluat sangat. Sebab ayat bunga-bunga kalah orang yang dah nikah. Siap ada nama manja pulak dah. Adosssss! Nanti kalau gaduh, kalah pulak cara gaduh orang bercerai. Awak and awak mesti rasa so comel kan? Okay, ye lah tu.


Apabila manusia gagal mencintai Tuhan nya, maka cinta sejati tidak akan ditemui nya. Serius, this is so true. Allah is al-wadood means the all loving. Hati kalau dah cinta manusia kalah cinta kepada Allah, nanti hati jadi kosong. Kosong macam air mineral. Colourless.  Nowadays, some people don't know how to count what is love. Cinta Allah dulu, baru cinta manusia. Kalau tak ada Allah, manusia memang tak wujud. Nak bercinta dengan manusia pun kena cara yang betul Semua agama melatakkan rules by rules untuk di ikuti and dipatuhi. Kenapa ada lagi orang yang tak faham? Answer me.


Idola kita Rasulullah. Ikut lah semua cara yang Nabi kita dah ajar. Ikutan sepanjang zaman. Subhanallah. Tak susah, just follow the flow. Haisshhhhh! Kelemahan wanita ialah aurat, lelaki pula ialah syahwat. So kawal, control by everything. Kalau sekali dah buat dosa and terbiasa, nak patah balik and lembutkan hati tu susah. Tapi tak ada yang mustahil kalau kita betul-betul berusaha berubah jadi baik. So, start from now. Kata orang, kesempatan yang kecil sering kali merupakan permulaan daripada usaha yang besar. Mari kita sama-sama berubah. Tak mengapa kita jatuh, kalau jatuh nanti kita boleh bangun. Bila nak jatuh balik, cepat-cepat control. Insyaallah. Allah ada. Allah saja nak uji kita dengan ujian yang serba hebat sebab dia rindu rintihan kita. Sungguh.



Apa kata mulai detik ini kita sama-sama berusaha untuk tingkatkan lagi kekuatan kita di samping Allah dengan ikhlas kan sesuatu yang kita kerjakan. Di mana sekali pun kita berada, kita kena redha. And paling penting, ask forgiveness from Allah. Be good muslims, be good daughter or son and make du'a for our parents. Jangan sesekali skip. Buat benda ni setiap hari, kan kita tengah kejar syurga jadi sama-sama lah kita cari redha Allah. Aku cuma pesan semua ni kepada diri aku sebab aku lah seorang anak yang sangat tak hebat. Aku suka orang hina aku sakit mental and tak kuat. Sebab orang macam tu cuma tahu nama aku tapi tak tahu cerita aku. 


"Nanti kalau dah besar nak jadi apa?" soalan yang ayah aku tanya dulu. Aku cuma nak jadi anak dia and anak mama yang baik. Selain tu, aku nak jadi kuat and tabah macam mama. Siapa yang tahu pasal cerita Cincin Yang Bertukar tu, amacam? Sedih kan? Aku nak jadi cikgu, cikgu yang boleh sampaikan ilmu and anak murid aku faham serta cemerlang. Sekarang memang aku merancang semua impian aku tapi Allah yang akan tentukan. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Tak semestinya benda yang aku suka tu benda yang boleh buat aku bahagia. Kadang-kadang mimpi tu mainan tidur. Jangan percaya sangat. So, Alhamdulillah aku dah tahu hati aku macam mana. Redha paling penting.


Orang yang hebat ialah orang yang mampu memotivasikan diri sendiri dan lagi super hebat jika dapat motivasikan orang lain. Subhanallah, dalam aku mencari sinar baru. Ada rakan-rakan yang datang daripada Allah untuk support aku. Walaupun dorang tak tahu apa yang aku lalui, sekurang-kurangnya kasih sayang dan sikap prihatin mereka buat aku lega. 


Akal itu menteri yg menasihati, hati itu ialah raja yg menentukan manakala harta itu tamu yg akan berangkat dan kesenangan itu satu masa yg ditinggalkan. Aku perlukan masa untuk semua. Mungkin berjuta tahun sekali pun, hati aku terluka tapi mungkin orang lain lagi terluka kalau aku jadi macam ni. So, I am okay. Cuma "I am okay" yang akan buat orang lain rasa okay. Allah masih sayang aku, korang pun kena faham. Allah sayang semua. Hati saya kosong tapi hati saya milik Allah. Doakan aku. Be good and awesome readers. Bye !




4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih abg phat. InshaAllah. Still trying.

      Delete
  2. =) dalam setiap kejadian pasti ada hikmah nya....hehe tak semua manusia itu perfect...kadangkala dah motivasikan diri pon mungkin ada masa kita lalai...

    maklumlah manusia sering lupa, dan bakal melakukan silap yang sama...hehe, tapi Allah itu maha Pengampun....maka cepat2lah beristighfar dan mohon keampunan sekiranya melakukan kesilapan...=)


    luah kan segala2 kepadaNya...kerana dia Maha Berkuasa untuk menentukan apa yang terbaik =)

    Semoga zaza tabah melalui halngan dalam kehidupan walaupon BL mungkin tidak merasai apa yang zaza hadapi namun pecayalah setiap masalah ade penyelesainyya.. =)

    Wish You All The Best!! \(~,~)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih BL, zaza cuba. InshaAllah. Yg zaza minta pendapat tu, inshaAllah akan ada petunjuk. And thanks support. Thanks.

      Delete