Tuesday, July 17, 2012

Asam Garam : Aku Manusia Biasa VS Ujian



Assalamualaikum


Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan. Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tetapi malangnya jika cara berfikir masih seperti kanak-kanak dan tidak sedikit pun matang maka berubah menjadi suatu kesalahan dalam menilai sesuatu apabila hanya perasaan yang memainkan peranan utama.


Aku manusia biasa yang punyai rasa seperti insan lain yang penuh dengan keinginan untuk di sayangi dan di hargai. Tetapi mungkin tiba masanya untuk aku di hargai dalam kehidupan maka datanglah ujian haru biru. Jujur aku ketahui bahawa ujian itu tanda kasih sayang Allah yang tidak terhingga. Aku okay. Lumrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang. 


Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian. 


Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!




2 comments:

  1. cuba try dengar lagu Hadapi Dgn Senyuman yg encikmimpi nyanyi. perghh layan kot. hehe


    kadang2 kan za, tak sume perkara kita boleh share dgn orang. sometimes kita perlu mengadu juga pd yg di atas sana walaupun Dia sebenarnya dah tau tanpa kita perlu cakap. kan?

    be strong ok? ;)

    ReplyDelete