Tuesday, September 25, 2012

Mixed feeling. Sekadar luahan perasaan yang mungkin boleh di jadikan iktibar. Baca sehingga habis okay. Rapuh.


Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad (saw), keluarganya, para sahabat, tabi' dan tabien, para ulama dan guru-guru serta sekalian mukminin dan mukminat keseluruhannya.

Perihal Hati 

Hati aku macam jelly. Indah jika sihat, ianya berwarna warni dan cantik. Jarang kosong. Kalau hati aku sakit, ianya retak dan mudah pecah. Tidak boleh di baiki. Dan mungkin akan di buang ke dalam tong sampah. Rosak.


Aku berharap suatu hati nanti ada insan yang baik untuk mengutip kembali jelly yang rosak itu. Bukan untuk di makan, tetapi untuk sama-sama berkongsi keretakan yang ada. Bahagia. 


Dunia ini aku mulai simpulkan sebagai sebuah pentas lakonan yang luas. Yang mana, pelakon nya ialah manusia. And aku sendiri. Manusia ini di cipta untuk merasa dan memberi. Merasa apa yang ada dan memberi apa yang perlu. 


Tetapi manusia seperti aku dan mereka mudah lupa. Mudah lupa tentang apa itu sebuah penghargaan. Misalnya, kerap lupa akan pengorbanan ibu yang melahirkan kita. Kehebatan ayah yang menjaga ibu semasa mengandungkan kita. Kebesaran Allah menemukan ibu dan ayah kita. Dan adanya kita. Seorang anak.



Mudah lupa. Aku menghela nafas. Sebak itu wujud. Aku dapat rasa ada cecair sejuk mengalir pada pipi di bawah mata. Benar. Aku meratapi dunia kini yang di isi dengan realiti label-melabel, saling salah menyalahi serta sindir menyindir. 


Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -



Aku juga seperti mereka. Yang kadang-kadang mendahulukan nafsu daripada iman. Iman yang turun naik tanpa aku sendiri kawal. Tetapi, itulah manusia. Yang aku andaikan manusia itu mudah lupa. Manusia kata mereka tak terasa. Tetapi tetap membalas hujahan. Yang salah dipersalahkan, malah lebih dipersalahkan dan kemudian tercetuslah perang hati antara dua manusia. Kejam.



Dan aku bagaimana orangnya? Pernah kah aku membenci orang? Pernah kah aku menyayangi? Pernah atau tidak terasa hati? Jawapan aku mudah. Biar aku simpan jawapan yang maha sulit ini di dalam hati. Semoga berada dengan selamat di dalam hati dan jadi rahsia Allah. 



Aku baik? Tidak, aku manusia yang masih cuba untuk jadi baik. Aku jahat? Mungkin tidak juga, aku manusia yang sukakan kebaikan suatu ketika. Cuma ilmu aku kurang dalam menjalani perjalanan hidup. Tiba masanya nanti, aku berharap aku akan menjadi dewasa dan bukan pendosa infiniti di dunia. Yang pasti, syurga itu impian aku. 


Aku terkilan dengan beberapa pihak yang tidak tahu membezakan gurauan dan nasihat. Pengorbanan dan kebodohan. Aku cukup terkilan hingga payah memberhentikan air mata. Pekat, laju menitis. 


Ya, perasan atau tidak kita sibuk mempersoalkan banyak benda yang tidak berfaedah. Kadang mempersoalkan benda-benda yang cukup mengarut. Buang masa. Aku juga seperti itu. Berwatak jahat. Tetapi tidak salah jika kita saling nasihat menasihati. Tiada had memberi nasihat selagi ianya masih dikira dalam unsur yang baik. 


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





Recharge iman, bersihkan kefahaman. Jika kita temui kesalahan orang, tidak salah menegur. Tegur lah dengan baik. Bukan memarahi. Kadang usia yang lebih muda dari usia yang kita miliki itu lebih bijak memberi hikmah serta pengajaran. Dengar dengan hati. 


Jika aku salah, aku halalkan antara kalian untuk menegur ku. Tiada salah dan larangan di situ. Dan aku pasti, akan aku pujuk hati ini untuk menerima untaian kata untuk di rasa dari kalian yang berakhlak mulia serta menyayangi aku. Ya. Inilah yang aku akan lakukan.


Sekian, terima kasih membaca sehingga selesai. 

8 comments:

  1. Tak salah menegur, kalau teguran itu dengan cara baik dan kita menerima teguran pun dengan baik. have a nice day za sayang :)

    ReplyDelete
  2. manusia ni macam2 perangai so memang susah nk jaga hati mereka..

    ReplyDelete
  3. kita sanggup ketepikan perasaan kita sendiri demi nak jaga hati orang lain.. semoga tabah ye dear.. senyummm selalu tau.. :)

    ReplyDelete
  4. hmm..
    "dalam" sungguh luahan perasaan kali nih..

    my advice: don't be too emotional in everything, if u find something u dislike, judge it in your heart~ Let others know if u think it would help them..

    p/s lama x speaking.. kalau salah grammar, tolong sound kasi kyo malu kaw2.. thanks

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam,
    Sedangkan Sahabat nabi yg baik akhlaknya dan juga dijamin syurga pun snggup menerima nasihat dari orang lain, inikan pula kita yg belum tentu syurga.. Jika nasihat itu yg baik, simpankan ego dan terimalah kan? ;D

    ReplyDelete
  6. Sabar, sis...Allah is always there for you ^^ Insyallah, this is a test for you, that Allah want you to know, 'please Allah, as pleasing Allah grants you pure happiness, and He never hurt any of His servants...'

    ReplyDelete
  7. betul kata kyo tu. bagitau kawan kalau perlu..tapi ingat, kena cari kawan yg boleh dipercayai. tabahkan hati eh zaza. :)

    ReplyDelete
  8. suka entry ni. thumbs up. stop being pendosa infiniti. keep moving forward =D

    ReplyDelete