Wednesday, October 24, 2012

Doa Buat Jiwa


Kita
Antara doa dan bahasa jiwa.
Antara bahasa hati dan doa.
Hadir rindu dengan penuh impian. 
Hati kuat dan teguh menahan dengan penuh kesabaran.

Hati ini. 
Hati kita sama.
Hati nan satu kita tarbiahkan ke jalan Allah. 
Khusyuk laungan doa indah.
Sehingga di persua dari satu hati kepada dua.


Jiwa ini.
Jiwa kita sama.
Bahasa jiwa ini cuba menutup tirai hati.
Agar doa tenang menyampaikan berita.
Hanya perlu masa dan waktu.
Doa buat jiwa yang di nanti.
Mencipta isyarat hati yang hampir menjadi sepi.


Hati ini masih milik-NYA.
Masih ada yang melihat dan mendengar hati ini.
Masih ada yang mendakap erat, hangat.

Doa buat jiwa.
Tabahlah. Agar hati kembali senyum.
Jiwa itu pasti terlakar disebalik tabir kasih hati.
Kasih dan kekasih.






(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)




Untuk Mama T E R S A Y A N G 


8 comments:

  1. Replies
    1. Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita.

      Delete
  2. Cantik blog Za skang..

    Nampak lebih kemas dan tersusun... Mungkin menunjukkan Za dah semakin matang kott...

    ehehh... :-)

    Hope Za sihat2 selalu... :syg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Azz, terima kasih. Lama tak masuk bcr dgn kak Azz. Jaga dri ye :)

      Delete
  3. mendalam btl lakaran jiwa ni....

    salam aidiladha za...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Muda, untuk ibu tersayang. Cuma ayat lintang pukang. Salam aidiladha Cik Muda. Terima kasih.

      Delete
  4. hehe...hati ini milik Allah ;) nice one zaa...

    ReplyDelete