Thursday, October 4, 2012

Lelaki Syurga Itu Ep. 1


Sedang aku duduk di kerusi bangunan pejabat, angin menyapa mesra. Tudung yang aku gunakan turut beralun lembut. Aku pandang lantai, berselerakan sampah dan dedaun kering yang diterbangkan hasil kerjasama padu sang angin. Kala itu juga, di sudut anak mata coklat ku beralih ke arah seorang lelaki. Berhampiran dengan anak tangga masjid yang selalu aku lalui sebelum masuk ke rumah Allah itu. Hati aku berdebar. Memandang seraut wajah indah milik lelaki itu membawa aku gambaran jiwa yang sangat tenang. 



Perlahan kaki ini aku langkah menuju kearah objek yang memuja mataku dan aku sampai dengan memandangnya tanpa kerlipan. Pantas dan senyap.


“Aku Amir. Aku tidak memiliki apa-apa.” Ringkas jawapannya bila soalan yang aku berikan kepadanya saat dia mula menulis sesuatu ke arah buku yang sedikit usang di tangannya. Tulisan khat di kertas itu lantas di berikan kepada ku lalu beredar. Senyum.



Menitis air mata ku satu persatu. Gugur sejuk membasahi pipi ku saat selesai mendengar perkhabaran ayah tentang perkahwinan ku yang bakal di langsungkan minggu hadapan. Segala persiapan indah sudah disiapkan dan aku masih menunjukkan wajah yang tidak selayaknya. Siapa mahu di temukan dengan seorang lelaki yang tidak kita ingini. Siapa pula mahu mengorbankan seumur hidup menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah dikenali langsung wajahnya. Perit. Dan perlahan aku membahu jalan di sekeliling rumah bagi menenangkan diri. Aku akur.


Lantas aku melangkah ke dapur dan berharap ada sedikit kudapan untuk aku jadikan alas perut. Dan ada sedikit lebihan karipap yang baru di goreng petang tadi aku kunyah dengan perlahan. Enak buatan mama. Air tangan insan yang tidak pernah berkata tidak kepada mana-mana anaknya, terutama aku sendiri si penangis yang di sayangi nya. 


"Ija, macam mana? Dah pilih warna kain yang mama dah letak atas katil untuk majlis pernikahan jumaat ni ke?" soal mama sambil senyum memandang ku penuh lembut. Aku senyum, membasuh tangan dan memeluk erat mama dan memberitahu bahawa warna pilihan ku sudah aku kemaskan di dalam almari yang hanya siap untuk di pakai kelak. 


"Ingat sampai bila-bila pesan mama, satu sudah mencukupi dan jangan meminta lebih. Kadang-kadang apa yang kita suka, tidak bererti ianya cukup sempurna untuk masa depan kita ye sayang. Selalu ingat, mama ada untuk dakap hati Ija bila perlu nanti. Gadis yang suci adalah gadis yang sentiasa dijaga oleh Allah." pujuk mama di hujung telinga ku. Lembut.


26 comments:

  1. Susah nak bayangkan, hati dah perasaan tak boleh di paksa.. :-) btw jodoh datangnya dari Allah, kita hanya mampu merancang...

    Saya harap zaa mampu buat pilihan.. :-) dan wan doakan zaa mampu berfikir cara terbaik.. Amin..

    Jangan sedih2 lagi tauuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bukan lah. cerita buat sendiri je :)

      Delete
  2. MACAM BEST PART 1 .. CEPAT2 SMBUNG PART 2 LAK .. XSABAR NK BCE NI ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dedeq. InshaAllah dlm kadar segera :)

      Delete
  3. Kenak tulis balit tok...

    SBB XDA WATAK KAMEK..... WAAAA!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, sik boleh tulis balit. mun tulis balit harus kitak belanja kmk roti john dolok :p

      Delete
  4. Nanti dah publish episode 2 g tau wan k.. :-)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. i will. inshaAllah. keep waiting okay :D

      Delete
  6. best! saya suka! rasa tak puas hati membaca part ni. Nak baca lagi part 2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak. Maaf kalau ada kurang, tunggu ok? :)

      Delete
  7. sesuai sangat baca cite ni sambil dengar lagu kat blog za. tersentuh :'(

    suka baca pujukan mama yang last tu. rasa macam mak syerah yang tengah pujuk syerah :'(

    *part 2, secepat yang mungkin! XD

    ReplyDelete
  8. sesuai sangat baca cite ni sambil dengar lagu kat blog za. tersentuh :'(

    pujukan mama tu yang last tu, rasa macam mak syerah yang tengah pujuk syerah. hee :')

    *part 2, secepat mungkin! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syerah, sgt menghargai komen membina syerah. i will publish asap. tggu okay :')

      ada value tau cerita ni

      Delete
  9. betul2.. kadang2 apa yg kita tak suka tulah yg terbaik utk kita. sedih sangat lagu kat blog zaza ni. dari tadi lagi duk layan lagu kat sini kalo nak tau. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan ss... zaza setuju, terima kasih.
      "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat 216)

      Delete
  10. zaza! lupa nak tanya tadi.
    if u dont mind to share, apa tajuk lagu kat blog ni eh? tq! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. ss, suka ye? terharu la bila ada org kongsi lagu and suka lagu yg sama dgn za. terima kasih ye. thanks. dari lagu "sendiri menyepi" sambil lagu sekarang kan? Thanks.
      Tajuk lagu "Selamat Pagi Cinta", nanti cari k :)

      Delete
  11. Bestnyaa cerita ni, sambung segera pelisss! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah hus, kalau ada masa sy sambung :)

      Delete