Monday, October 8, 2012

Obses Terhadap Cinta, Satu Keburukan : Kahwin belum pasti, berdiri di hadapan Allah itu adalah pasti.


Assalamualaikum



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.  — Al-Baqarah 2:186




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.



Barangsiapa yang mengada-ngadakan dalam suatu urusan (agama), maka ia tertolak.” — Sabda Nabi Muhammad SAW



Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak kehendakinya. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.



Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.



“The less I needed, the better I felt.” — Charles Bukowski



Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?






Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allah lah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang ku ungkapkan dan ku mohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.






Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. — Al-Waaqi'ah 56:35





Sumber : Facebook and bit editing.


12 comments:

  1. Hati sy tiba tiba sedih baca sambil dengar lagu background music blog awak.. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kenapa sedih pulak? jgn la huhu

      Delete
  2. sayu la dengan bground lagu tu......
    agree with @wanz mejuez...hmm~

    thanks dgn nasihat yang sgt matang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Muda, alaaa. Sayu sgt ke? Nanti sy tukar ye. Tak sengaja nak sayukan hati sesiapa. And most welcome kak :')

      Delete
  3. Lagu ni mmg mainkan peranan betul. Sedih dengar. T_T

    Tapi, biar ja lagu ni kt blog. Jgn tukar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih husna, berkongsi warna mata and hati :)

      Delete
  4. Janji Allah adalah janji yang 100% ditepati..maka bersabarlah..kuasa cinta itu amat hebat jika kita setiasa teguh pada Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Allah maha best. Apa yg kita tidak tahu, tetapi Allah tahu.

      Delete
  5. Bismillah.
    Z sunnguh jealous pda Anda yng bisa membrikan petuah lewat sebuah blog. Yg ttp brpgan teguh dengan agama Allah. Semoga Anda dibri kteguhan ttap istaqamah di jlan Allah.
    Semoga Allah merahmati kita semua.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ervan, I just add some editing and publish some photos. Thanks. A lots editor here. Thanks for supporting.

      Delete
  6. puitis ayat2 kt atas..best2..lama tak mai blog zaza nie hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ lama sgt sepi, tgk updates tp nak masuk blog KJ segan pulak. Hihi..

      Delete