Tuesday, November 13, 2012

Ini NORMAL : Give And Take


Assalamualaikum


November 6, 2012 - 23:01 pm

"..Aku hanya manusia biasa, yang kadang memiliki sabar yang cukup nipis. Memiliki hati milik Allah yang cukup mudah terasa. Cukup terasa dengan environment yang tidak pernah cuba menjaga hati ini. Seseorang yang kaya tidak pasti boleh memiliki hati milik diri ini. Ianya lebih mahal dari wang ringgit. Hanya satu hati. Hati yang mudah terasa dan merasa dengan sikap insan lain yang mudah berbicara kasar atau sikap pelik yang menyakitkan. Lantas pipi mulai basah.."


Berpura-pura nampak okay walaupun tak okay sebenarnya. Itu mungkin salah satu cara menghiburkan hati yang tidak okay. Kadang, bila orang tanya "awak okay hari ini?" kita pasti akan jawab, "saya selalu okay" sebab jawapan "saya okay" sahaja yang akan buat kita okay. Saya percaya. 

Saya nak direct kepada isu terasa. Normal lah kan kalau kita nak terasa dengan orang di sekeliling kita. Bagi saya, itu normal. Antara sebab nya ialah :

1. Kita rapat dengan insan tersebut.

2. Kita in trust dengan insan tersebut.

3. Kita sayang terhadap insan tersebut.

4. Kita benci dengan insan tersebut. dll.

Ada banyak sebab kita nak terasa dengan orang sekeliling kita. Tapi kalau ada manusia yang akal dia masih tak berfungsi, mereka akan ganggu anak dara orang padahal dah jadi suami orang dan kadang-kadang manusia macam ni suka ajak kahwin kat semua perempuan. Ish, minta di jauhkan. 

Itu sekadar contoh. 



Saya marah? Tak lah, saya tak marah. Cuma saya sedih dengan manusia yang ada hati mati macam ni. Dah cukup sempurna Allah jadikan untuk mendalami jiwa and pelihara hati baik-baik. Tapi sayang, hati mati dengan buat perbuatan tak elok sana sini. Eh. Sorry. Terover. 


Dengar sini. Baca sini. Saya nak jadi budak baik. Bukan nak jadi mangsa kepada AWAK ! Belajar tinggi-tinggi pun tak guna, kalau kacau hidup orang. 


Eh, awak. Jum lah kita sama-sama jadi baik. Senang je. Caranya ialah :


1. Memberi senyuman. Senyum adalah sedekah paling murah tapi berpahala. 

2. Memberi salam. Kan Rasulullah dah pesan, memberi salam pada orang lain itu baik. Sabda Rasulullah, "Sebarkan salam, nescaya kamu semua akan selamat."

3. Saling berpesan kepada kebaikan. Tak salah kan share benda baik, sebarlah ilmu walaupun hanya sepatah ayat Al-Quran. 

4. Selalu berdoa. Mungkin paling senang, doa kan mak ayah kita selalu. Sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai.


Okay. Tak ada motif. 


Cara saya untuk tidak berasa sakit hati and tambah dosa dengan orang tertentu ialah :

1. Jauhkan diri dengan orang yang boleh mengundang hati kita 'panas'. Fikir api neraka yang lagi panas, lagi bagus. 

2. Perbanyakkan zikir daripada mencarut.

3. Hadiri majlis ilmu. Duduk diam, dengar apa ilmu yang di sampaikan. Ada malaikat yang payungkan dan doakan kita. Bahagia bukan? 


Cukup perasa yg saya beri untuk di rasa. Cuma lastly nak pesan, jangan sakiti orang lain kalau tak nak kita sakit hati jugak. 

1. Kalau ada isteri dan anak, jaga anak and isteri baik. Kita tak tahu masa depan macam mana, mana tahu kejadian berbalik kepada kita. Anak masih kecil, nanti besar boleh jadi apa saja. 

2. Atau kalau ada kawan perempuan atau kawan lelaki, jangan cari masalah dengan orang lain sampai timbul fitnah. Perkara mudah settle kalau kita jadikan status tu halal dgn perkahwinan. Sah. 

3. Atau mungkin lebih baik, jangan jadikan media untuk mengumpat. Ghibah lah paling Allah tak suka. 

4. Kalau tak boleh jadi kawan yang baik. Jangan ajar kawan yg lain membenci and buat benda tak elok. Tak concern kalau hanya kata " saya sayang persahabatan kita ". Tapi really not. 



Dan saya menyusun kata untuk mohon maaf bagi apa yang kurang. Saya juga manusia yang kerap lakukan kesalahan. Moga saya jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran. 


Sekian, terima kasih. 





2 comments:

  1. Sungguh susah nak jaga hati orang lain, kekadang hati kita sendiri tak terjaga..

    Susah nak terima kegembiraan dari hati orang lain kalau diri kita tak pernah nak gembirakan hati orang lain.. Gembira pun ada hadnya jangan sampai hati yang gembira tu boleh buat hati orang lain terluka susah juga..

    Adakalanya diam itu penawar segalanya.. Bicara panjang tanpa memikirkan hati orang lain pun susah jugak.. Kita kena sama adil untuk jaga hati sesama hati..

    Kalau mereka buat kita macam itu mungkin ada sebab. Mungkin kita terlepas kata kata yg kita tidak perasan mana silapnya dan membuatkan hati mereka terguris.. Adakalanya macam tu, adakalanya sifat cemburu pun boleh jadi punca kenapa mereka bersikap macam tu..

    Senyum itu satu sedekah, kalau mereka kurang tersenyum kita kena mulakan senyuman itu baru lah senyuman itu dibalas semula.. ;-)

    Lagi satu, selalu ucapkan terima kasih.. Sebab saya hargai mereka seadanya.. Terima kasih dengan senyuman membawa 1001 makna.. Walaupun mereka pernah buat kita terluka dan terguris hati, saya tak pernah nak benci mereka.. Sebab mereka juga sama seperti saya.. Hati dan perasaan kita sendiri kena jaga kita sendiri kena pandai jaga hati mereka.. ;-)

    Seikhlasnya apa yg mereka buat dekat kita, kita ambil satu ujian dan perbaiki diri untuk masa depan...

    Maaf terlampau panjang komen.. saya sangat suka entri ni.. ;-)

    ReplyDelete