Sunday, December 2, 2012

Lelaki Syurga Itu Ep. 2



"Ain, kau kawan baik aku kan, betul tak?”


"Memanglah, dari dulu dan selamanya. Sekali berkawan, sampai bila-bila pun kita tetap kawan. Kenapa kau tanya macam tu?”


"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku sedih atas permintaan keluarga aku Ain? Kau bagi aku kata-kata nasihat agar aku mencintai pilihan keluarga aku sedangkan hati aku terseksa. Kenapa Ain?”


“Allahu Akbar Ija, kau kena faham yang jodoh tu merata-rata, if you really want it and yeah there’s for you. Kat luar tu banyak tarikan dunia yang boleh lalaikan kau dan semua tu berebut nak kan kau. Semua tu nak melamar hati kau. Andai kau pilih redha, semua akan jadi mudah Ija. Percayalah.”


Ya. Aku percaya. Aku percaya setiap kata-kata yang Ain tuturkan dan aku membenarkan setiap kata-katanya walaupun hati aku menangis tanpa henti.


Selesai solat Subuh berjemaah, aku berjalan terus menuju ke ruang bacaan berharap agar dapat berbual kosong bersama kakak. Malangnya, tiada siapa berlegar seawal jam 6.30 pagi di situ. Selalunya jam sebegini suasana dapur akan lebih meriah dari  bilik bacaan. Aku pasti. Aku mulai melangkah menuruni tangga untuk menuju ke dapur.


“Ija nak kahwin semuda ni semuanya dari takdir dan rezeki Allah. Along jangan lah tekad nak siasat siapa yang datang untuk peristerikan Ija. Mungkin Ija tak boleh bersama kita lagi, tapi mama yakin Ija boleh jadi isteri yang baik. Along boleh bantu Ija. Kan?”


Jauh di sudut hati, aku lah manusia yang serba kekurangan dan mana mungkin aku boleh hidup tanpa kakak dan mama di sisi. Tabahkah aku?


Ya Allah, aku tekad membulat keputusan selesai solat isyak kelak. Permudahkan aku ya Allah. 


"Rabbi yassir wala tuassir. InshaAllah."



Klik sini untuk bacaan Lelaki Syurga Ep. 1





7 comments:

  1. kalau redha..kalau tak bagaimana?


    manusia ni palsu hati budinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena redha lah dengan segala usaha yg kita dh cuba =)
      Allah kan lebih ketahui apa yg sebaiknya. Ini hanya cerita yg tiada kaitan dgn hidup atau yg mati =)

      Enjoy =D

      Delete
  2. Warkah buat Zaza : http://pastebin.com/6Qcv98du

    ReplyDelete
  3. done follow u dear ! like ur blog 2 dear ! ! simple je !

    ReplyDelete