Tuesday, December 4, 2012

Tips Jaga Hati




Assalamualaikum


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Apa khabar agaknya iman kita pada hari ini? Iman kita kadang naik dan kadang turun. Itulah hakikatnya manusia. Yang sering terlupa dan alpa. Asyik dengan dunia yang fana dengan kemewahan dan pangkat serta hiburan. 



Saya juga begitu. Kadang hati ini menjadi sangat lemah, gelisah dan mudah kecewa tanpa sebab. Dan sebagai seorang anak, kawan dan seorang muslim. Mari lah kita sama-sama mengukuhkan dan menjaga hati kita agar tidak tercalar dek duaniwi. 


Cara menjaga hati :

  1. Sentiasa munasabah diri. Sentiasa rendah hati. Sentiasa berfikiran baik terhadap semua makhluk Allah. 
  2. Jangan banyak ketawa dan berbahagia di atas kesilapan orang lain. 
  3. Jangan menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan oleh Allah. 
  4. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan Al-Mathurat di samping memahami dan mendalami ertinya serta qiam. 
  5. Sering berdoa kepada Allah. Doakan ibu bapa kita. Misalnya, "Ya Allah, seandainya aku tidak memiliki waktu untuk membahagiakan orang tua ku, satu pintaku ya Rabb, dikau bahagiakan lah di wajah mereka dengan kasih sayang mu dan ketenangan." 
  6. Meletakkan Allah di setiap perkara yang cuba kita lakukan. Niat kerana Nya. 
  7. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan solehah. 
  8. Cintai ilmu Allah yang Maha Luas. 
  9. Beriktikad dengan jalan akidah yang benar dan betul. 
  10. Lakukan kebaikan dan niat kerana Allah. 

Terlalu banyak cara untuk kita mengubati hati yang keras. Walau bagaimana pun, semoga apa yang saya kongsikan boleh di jadikan salah satu garis panduan yang bermanfaat. InshaAllah. Dalam kita cuba mencari Redha Allah, saya yakin Allah pasti sampaikan seseorang yang baik untuk kita, dan dalam doa yakin lah bahawa setiap doa yang kita ucapkan itu akan termakbul. InshaAllah, yakin itu pasti membantu. 


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :


"Ketahuilah bahawa setiap jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosak;ah seluruh anggota, iaitu hati."


Semoga kita istiqamah. Tidak membenci sesama manusia dan tidak berdendam. Hakikatnya bahagia itu ialah dengan mengingati Allah. Apabila mengingati Allah, lakukan segala perintah Nya dan jauhkan lah diri dari melakukan larangan Nya.


Allah itu luas dan kaya dengan kasih sayang. Semoga hati kita yang berusaha menuju Redha Allah akan di dakap sepenuhnya dengan kasih sayang Nya. InshaAllah.


Tersenyumlah dengan penghinaan sekalipun terluka. Redha lah dengan kesepian. Jangan takut dengan kepalsuan, tipu daya dan kezaliman. Tidak mengapa jika dipinggirkan, kerana selamanya orang lain tidak akan tahu betapa lapang dan besarnya nikmat Allah pada diri kita. Raihlah hati emas yang mahal, yakni hati yang ikhlas kerana Allah. Hayatilah sebuah sabda, "Jika kita menjaga Allah, Allah pasti menjaga kita." 



“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

[Imam Al-Ghazali]

22 comments:

  1. nak menjaga hati sendiri mungkin mudah..menjaga hati orang lain yang payah..kadang-kadang hati sendiri terluka demi nak membahagiakan hati orang lain... :)

    www.macziha.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hati biarlah yg betapak dan bertakhta dan memenuhi ruangannya adalah cinta dan kasih ALLAH.. andai ia kosong pasti yg lain selain allah akan mengambil kesempatan dan memenuhi ruangan hti kita. :)

    ReplyDelete
  3. sebaik2 hati adalah andai yg spatutnya bertapak dalam hati ada di dalamnya iaitu ALLAH. andai tiada rasa cinta dan kasih allah di dalam hati yg sebenar2nya (tauhid) maka yakinlah akan hadir makhluk selain allah yang akan memenuhi ruangan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara :)
      Sangat bermanfaat =)

      Delete
  4. tenang je bila masuk blog nih..
    ditambah dengan penulisan sebegini yg benar2 menyentuh pedoman..
    thanks!

    p/s header agak poyo :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kyo. inshaAllah. Hehehe, nak tukar aar pasni hahaha.

      Delete
  5. tips yg sangat berguna . tq for share ;)

    www.cikfie.com

    ReplyDelete
  6. dah follow ..klik http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak...

    ReplyDelete
  7. singgah sini,jemput join giveaway CikBunny =) http://inspirebunny.blogspot.com/2012/12/giveaway.html

    ReplyDelete
  8. suka blog akak! nice info. love it <3

    ReplyDelete
  9. ALLAHHU....sangat awesome blog akak ne....owh ea akak ada fb kah...instagram kah...hee :)

    ReplyDelete
  10. Subhanallah....awesome lah blog akak...ada instagram kah??? Fb?? :)

    ReplyDelete