Saturday, May 11, 2013

Lelaki Syurga Itu Ep. 3


Aku berjalan membelah orang yang bersimpang siur menuju tangga bergerak untuk ke atas. Aku perlu lakukan sesuatu untuk memperolehi persetujuan abi dan mama dengan segera agar segala kekusutan dapat di selesaikan dengan segera. 


Antara cinta dan cita-cita, aku akur memilih cita-cita yang bakal mewarnai kehidupan masa hadapan.


“Assalamualaikum abi, Amir rasa petang nanti Amir nak datang pergi jumpa abi.”


Tapi aku nak beritahu abi dengan kata-kata yang bagaimana? Aku buntu. Fikiranku menerawang memikirkan pelbagai kemungkinan.


Amir meraup muka, kebingungan. Walau apa pun yang terjadi, segala keputusan pasti akan memiliki jutaan hikmah yang cukup memuaskan.


Setiba di rumah, Amir lekas menuju ke kamar dan menunaikan solat fardhu zohor 4 rakaat tunai dengan segera. Semoga dipermudah urusan ku, Ya Rabbana.


“Abi, Amir dan fikir masak-masak. Amir nak sambung study di Universiti Jordan. Kalau boleh, Amir mahu abi dan mama setuju dengan keputusan Amir. Demi masa depan Amir, Amir harap abi dan mama memahami keinginan Amir yang tidak mahu Amir tepikan.”


“Amir, bukan mama tidak mengizinkan pemergian Amir ke sana. Tapi, mama risau.”


Penyedut minuman di dalam gelas kertas di putarkan beberapa kali. Namun jus epal kegemaran Amir tetap tidak juga berkurangan. Leka seketika dengan khayalan cuma. Amir mengeluh hampa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati yang dia rasai dari kelmarin. 


Amir melepas pandang kea rah manusia yang memenuhi legar di tepi gerai Kak Nona. Di sana, kelihatan ramai pelanggan yang ketawa riang. Dan dia?


Teringat akan kata-kata sahabat tempoh hari di perpustakaan.


“Okey! Am jangan risau. Ana dengan sahabat yang lain akan doakan Am peroleh jalan yang terbaik dalam perjuangan. Ana doakan juga Am dapat kejar cita-cita Am. Ana dengan sahabat yang lain akan tunggu kedatangan Am”


Pasti, bisik hati ku.


Lelaki Syurga Itu Ep. 2   Lelaki Syurga Itu Ep. 1




No comments:

Post a Comment