Thursday, June 20, 2013

Sebab adik dah besar, so fikir lah sendiri.



Dulu, aku ada seorang kawan baik. Ya, perempuan. Tp dia dah tak ada, sekarang ni dia dah bahagia sebab tak ada masalah nak fikir and tak perlu nangis macam aku sekarang sebab dia dah jumpa yang Satu. Hampir setahun dah dia tak ada so serius aku tak lah happy bila dia tak ada. Sebab dulu, masa aku sakit dia selalu teman aku kat hospital and paksa aku makan ubat. Hahaha rindu.


Dia baik. Penyayang and sangat baik hati. Yang paling penting, dia tak pernah marah walaupun perangai aku macam budak-budak. Bila aku merajuk, dia pujuk. Kadang-kadang peluk. Hahahaha rindu.


Tapi sekarang, aku dah tak ada kawan macam dia. Kongsi air sama-sama, teman sembang and berbual sampai ngantuk. Yang ada pun sekarang tak tahu semua pasal aku. Ada sorang ni, dia baik and selalu mesej aku dalam seminggu tu memang akan mesej walaupun cuma ‘selamat  pagi, have a nice day’ etc. Happy je bila dapat mesej macam ni setiap pagi sebab arwah rajin and selalu buat macam ni.


Tapi sekarang tak mungkin akan ada lagi. Hahahaha, hm walaupun dulu ada orang offer jadi kawan baik aku tapi aku takut dorang akan pergi dulu dari aku. Kan seronok bila kita pergi, orang yang kita sayang tak tahu :’( hahahahaha rindu.


‘Adik dah besar, jadi pandai-pandai lah fikir’


Salah ke kalau kita nak terasa hati? Salah ke kalau kita nak tercari-cari? Ya, salah bila kita saja rasa macam tu. Salah sebab perasan. Salah sebab rasa macam budak kecil, jadi tak boleh mengedik merajuk terasa mengada-ngada dan macam-macam. So tak boleh jadi budak kecil, kalau perangai macam budak kecil, semua benda yg kita buat tu salah. Semua salah.


‘Lepas ni kalau tak nak contact terus pun tak apa’


Baiklah. Tak contact terus pun tak apa. Sebab suasana kerja dengan belajar tak sama kan? Arwah dulu boleh je jadi kawan 24j bila-bila ja, walaupun dia kerja dia ada sahaja kalau perlu. Walaupun muka aku ni susah sangat nak detect ada masalah, tapi arwah senang saja tahu and suka paksa sampai aku cerita semua masalah aku. Ada lagi ke kawan macam ni? Kalau ada, tolong peluk :’(


Okay tak nak bandingkan sesiapa, Cuma nak bagitau sekarang sedih sangat. Suka je marah-marah, mungkin silap aku lah tu. Tak pa lah. Aku diam.


‘Selalu ingat dengan orang yang selalu ingat dengan kita’


Yes, dari kecil sampai besar aku memang tak pernah berpisah dari family. And bila masuk ja university aku jadi down untuk semester pertama. Kawan pun tak ramai mana selain dari kawan-kawan serumah. Tahun 2011, ingat lagi masa ni. Masuk university semua orang excited. Tapi excited kejap ja, seronok pun kejap ja. Lepas tu mula lah nak berhenti belajar, tapi ada orang yang selalu bagi kata-kata semangat. Arwah baik, dia selalu kata kalau nak senang kena mula dari susah sebab setiap kepahitan dalam kesusahan tu akan datang dengan kemanisan kesenangan. Sama lah dengan orang yg selalu mesej aku ni. Tapi kejap ja, semangat tu kejap ja.  


Ingat mak ayah, kakak, abang and keluarga lebih baik and beruntung daripada fikir masalah ni. Aduh, sedih and rindu arwah. Lepas ni tak boleh cabut bunga sesuka hati kan? Sebab tak ada orang nak teman parking kereta kat tepi jalan. Dah kena hon baru cabut lagi. Hahahaha rindu :’(


Tolong tolong tolong jangan bagi harapan dengan orang kalau tak mampu nak tunaikan. Ingat kata-kata ni? Ingat sangat, tapi sekarang tak perlu ingat lagi. Pesan banyak mana pun, tapi satu pun  tak betul. Jangan datang rumah family aku lagi and aku minta maaf sebab aku tak tunaikan janji.



Sebab aku sakit, jadi kau boleh pergi. Sebab aku tak pandai nak besar, jadi kau boleh pergi. Sebab aku benci makan ubat, jadi kau boleh pergi. Sebab aku tak cerita masalah aku dekat orang, jadi kali ni kau betul-betul boleh pergi. Sendiri menyepi. Kot-kot lepas ni semua orang nak terasa hati dengan aku, so boleh beratur dan bunuh aku.


Aku rindu dengan kitak. Kitak janji dolok, kitak sik akan molah aku sedih tapi tok apa? Banyak org marah dgn aku and kasar, sik suka. Tolong balit! :’(


Kesayangan 1988-2012 ( Al – fatihah )
Respira Ra 2011-2013 ( Selamat maju jaya! )


Semua drama muslihat, tipu, menipu, marah, kasar dan lain-lain sudah pun selesai. Maka, selesai juga perasaan ini. Hanya Dia yang mampu menyembuhkannya. Look forward, Allah you knows better.




2 comments:

  1. wow..that was hell..feel sorry for your lost..saya takpernah hilang kawan baik dgn cara cm ni..so sy tak tahu cmne sakitnya,cmne peritnya..selagi kita tak rasa penderitaan yg orang lain rasa..kita takkan dapat memahami mereka..Bukan senang zara nk cri kawan yg betul2 nk kawan dgn kita..most of them just wanna take advantage from us..tak salah kalau awak nk ingat kawan baik awk yg dh takde tu..tak salah kalau takle move on..mungkin kalau awak dh jumpa pengganti yg sama mcm arwah..mungkin bole move on..tp susah an sebab acuan dan perangai tak sama..the best way mengadu kt Allah je..saya bukan lah baik sangat nak cerita pasal agama..tp itu je jalan terbaik..solat istikharah lebih baik..mintak petunjuk..lebih afdal buat waktu tahajjud..buat selagi tak nampak lg petunjuk tu..InsyaAllah dlm 7hari mungkin awak dpt petunjuk..tp petunjuk bukan sekadar dari mimpi..just serah diri je pada Allah..Dia je kawan baik yg terbaik kita pernah ada..cekalkan hati ye..be strong..i know you're a strong lady..keep calm..and let Allah do His job. ^_^

    ReplyDelete