Monday, July 15, 2013

Lafaz Yang Tersimpan



Ada sebuah buku yang terkunci.

Di setiap helaian tertulis sesuatu yang sangat peribadi.

Dan kunci itu tersimpan rapi dan rahsia.

Walaupun tiada pembaca,

Buku itu saksi senyuman dan airmata.

Ya.Walaupun tersembunyi, buku itu sangat istimewa. Bermakna.



Begitu juga kehidupan,

Ada yang perlu dilindungi,

Ada yang seharusnya menjadi peribadi,

Ada yang sebaiknya disimpan rapi,

Walaupun penuh misteri,

Tapi di hadapan Tuhan semuanya begitu bererti.




- Penulis Buta 




3 comments:

  1. baca puisi ni dengan diiringi aluan zikir dalam blog nih..
    syahdunyeee....

    ReplyDelete