Friday, March 7, 2014

Di Dalam Hati Ini, Aku Menangis





Kadang - kadang,
Rasa sedih tak punya sesiapa itu,
Takkan terbanding rasa duka dan luka saat hilangnya seseorang.

Sebab bila dia tak punya sesiapa,
dia akan ingatkan diri,
Ada Allah itu lebih dari cukup.
Sedang bila dia hilang apa yang dia sayang, dia mungkin lupa Allah itu lebih berhak atas apa yang dia sayang.

Itulah.
Sebab orang yang susah nak sayang,
Bila dia sayang, dia akan terlalu sayang.
kadang kadang hingga terlupa semua yang dia sayang itu akan pergi.

Dan tahu apa yang lebih susah?
Untuk orang yang tidak punya sesiapa itu tahu dan sedar,
Allah sedang melakukan ini kerana sayangkan dia.

Nangis.
Sama ada Tuhan mahu aku belajar bahawa semua yang disayang akan pergi,
Atau DIA mahu aku belajar apa sebabnya aku tak punya apa-apa pun yang aku rasa aku sayang.



Petikan ayat asli dari - Tersenyum Melihat Langit



1 comment:

  1. apa yg penting redha.. Allah ada sebab knp DIA benda tu berlaku. bila sedih engat ada Allah..ada Allah..ada Allah..wlpn kdg2 mgkin kita cerita dkt kwn2 rapat rs tak puas sbb kita fikir diorg tak alami apa yg aku rasa. bukan bermksd diorg tak kisahkn kesedihan kita mungkin diorg diam sebab diorg tahu betapa peritnya kita jalani semua ni wlpn diorg tak rasa. remember Allah always with us. selagi kita bersama2 dgnNya, inshaAllah dipermudahkan. apa2 pun redha dan sabar krn "Sabar itu separuh drpd Iman"

    ReplyDelete