Tuesday, November 18, 2014

Menyentuh kisah sebuah penghijrahan. Aku juga mahu begitu. Kuat.





“Saat Asma’ Binti Abu Bakar merentasi malam hari,
Seorang diri,
Dengan bekal makanan diapit erat,
Seorang diri,
Dengan bekal makanan diapit erat,
Seorang diri,
Dengan bekal makanan diapit erat,
Tekadnya cuma satu_perjuangan seorang wanita demi Islam tercinta”

Sungguh,
Hijrah itu payah.
Membutuhkan tekad,
Walau kita bersama-sama merentasi dugaan ini,
Pabila kita bersendiri,
Tekad itu pudar warnanya.
Tekad kita masih tidak seteguh Asma’ yang seorang diri dimalam hari.

Hijrah itu perlukan kekuatan,
Walau kita membina iman bersama,
Kita mudah tenggelam bila berseorangan.
Kudrat jiwa raga kita masih lemah,
Jika dibanding Asma’ yang mendaki Bukit Uhud dengan berbadan dua.


Hebat,
Sungguh aku kagumi,
Hingga titis-titis air mencorakkan nota ini,
Justeru kisahnya terus dikongsi,
Untuk kita meneladani,
Bait-bait perjuangan seorang srikandi.
Meski kita wanita,
Yang mana perjuangannya dibalik tabir perjuangan seorang wira.

Namun,
Tanpa wanita,
Masakan strategi penghijrahan itu ber-aksi,
Hijrah itu menjadi saksi,
Pengorbanan Asma’ didunia untuk syurga yang abadi.


Semoga Allah redha titipan nota ini,
Ku kira,
Hijrah itu ibarat menanti pelangi yang datangnya selepas hujan.
Yang indah itu datang kemudian.

Kerna itu, syurga abadi itu hadiah buat insan yang menelan pahitnya dunia,
Dan mewarnainya dengan agama,
Maka,
Marilah hijrahkan diri, kerana hijrah itu upama pelangi.



- via (epalmiracle)


1 comment: